ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton masih menguji X50, dikesan sekitar Pulau Pinang

Foto Intipan

Views

Agak lama juga kita tidak melihat kelibat unit ujian Proton X50 mahupun X70 versi CKD di jalan raya sejak kebelakangan ini kan? Mungkin para jurutera Proton masih menguji kedua-dua model SUV tersebut namun tiada siapa yang dapat mengesannya ketika itu. Semalam kelibat X50 pemanduan kanan yang masih lengkap berceloreng telah berjaya dikesan sekitar Pulau Pinang.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Nampaknya Pulau Pinang sering menjadi destinasi ujian X50 kerana sudah beberapa kali warganet dapat mengesan kehadirannya di sana. Foto X50 varian Sport ini sempat dirakam oleh Jonassen Toh yang telah memuatnaik foto tersebut ke laman Facebook Malaysia X70 Community (MYX70COM). Kami yakin unit yang diuji ini masih lagi menggunakan unit asal Geely Bin Yue dan versi sebenar hanya akan muncul di jalan raya bermula tahun depan.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Setakat ini tiada apa perkembangan terkini yang kami dapat dari kem Proton, tetapi kami jangka mereka akan melancarkan model X70 versi CKD tidak lama lagi. Menurut jangkaan penganalisis pasaran, SUV pertama Proton yang dipasang di Tanjung Malim ini bakal dilancarkan pada bulan November. Kita tunggu dan lihat.

Kami akan cuba menyeru Mat Bond untuk melakukan kerja-kerja risikan, nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply