ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan: Dua remaja 17 tahun ditahan, 14 motosikal disita

Berita Tempatan

Views

Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, manakala sebanyak 14 buah motosikal disita polis daerah Barat Daya menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Barat Daya pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, dalam operasi yang dijalankan pukul 10 malam, Jumaat hingga pukul 4 pagi Sabtu, sebanyak lima buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Jelasnya,sebanyak sembilan buah motosikal lagi telah disita mengikut seksyen yang sama ketika operasi dijalankan pada pukul 10 malam, Sabtu hingga pukul 7 pagi, Ahad lalu.

Ketika operasi ini dijalankan dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Jalan Sultan Azlan Shah.

Kenyataan itu menambah, menerusi operasi itu juga polis mengeluarkan sebanyak 58 keping saman atas pelbagai kesalahan ke atas pemilik motosikal.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi ini juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada.

Operasi ini juga untuk memastikan penunggang motosikal sentiasa mengikut spesifikasi motosikal yang telah ditetapkan.

Tambahnya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui Messenger. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply