ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai dedah rupa Sonata facelift 2023 – Tampil lebih garang, bakal dilancar 30 Mac ini

Berita Global

Views

Hyundai Motor Company hari ini secara rasminya mendedahkan wajah baharu Sonata facelift 2023 yang tampil lebih garang dan sporty berbanding model sebelumnya.

‘Lebih dari sekadar facelift biasa’, Sonata 2023 telah merovolusikan imej lama Sonata yang telah dilancarkan pada 2019.

Sonata facelift menampilkan penggayaan yang agak radikal, perkadaran reka bentuk yang lebih elegan serta membawa teknologi masa hadapan.

Ia juga mempersembahkan intipati falsafah reka bentuk ‘Sensuous Sportiness‘ Hyundai Motor ke tahap yang seterusnya.

Gaya reka bentuk yang diterapkan pada model ini, khususnya pada versi N Line lebih progresif dengan rekaan lampu ikonik baharu ‘Seamless Horizon Lamp‘, lampu hadapan tersembunyi, jeriji lebih besar dengan liang udara bamapr yang lebih dinamik serta aggresif.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Seamless Horizon Lamp‘ ini sebenarnya adalah bahasa reka bentuk baharu Hyundai yang telah pun diterapkan pada beberapa model sebelumnya, seperti Staria, Stargazer dan juga Verna generasi baharu.

Di belakang, ia menonjolkan ciri sebuah sport sedan berprestasi tinggi dengan penambahan spoiler belakang, sepasang corong ekzos berkembar, diffuser pada bawah bampar  dan rim bersaiz 19-inci untuk versi N Line.

Bukan sekadar penampilan luaran, di ruangan kabin Sonata facelift turut menerima sentuhan baharu yang memaparkan susun atur papan yang lebih moden dan juga elegan.

Sonata facelift menjadi model keluaran Hyundai yang pertama menampilkan paparan melengkung yang menggabungkan paparan informasi pemandu dan sistem inforia AVN bersaiz 12.3-inci.

Susun atur papan pemuka kini lebih ringkas dan nampak lebih lapang dengan permainan garisan mendatar terutama pada rekaan corong penghembus pendingin hawa.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Unit kawalan pendingin hawa juga masih lagi menggunakan rekaan konvesional dengan butang kawalan, namun ia kelihatan lebih canggih.

Rekaan dalamannya telah melalaui beberapa proses penambahbaikan bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan kombinasi warna yang menarik bagi menyerlahkan karektor sporty dan premiumnya.

Selain itu, tuil transmisi shift-by-wire telah dipindakan ke bahagian kolum stereng bagi menjadikannya lebih lapang, manakala konsol tengah kini dipertingkatkan dengan perehat tapak tangan dan juga pemegang cawan.

dipertingkatkan dengan sandaran tangan yang memberikan lebih keselesaan kepada pemandu dengan memanjangkan tempat letak tangan untuk bersandar ke tapak tangan. Pemegang cawan dan dulang saiz besar memberikan kemudahan tambahan.

Sonata facelift bakal membuat debut sulungnya semasa acara pameran Seoul Mobility Show yang bakal berlangsung pada 30 Mac sehingga 9 April 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply