ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelancaran Proton X90 (VX11) kian hampir, penasihat jualan mula ambil tempahan?

Berita Tempatan

Views

Sejak pendedahan wajah sebenar model SUV ketiga Proton, iaitu X90 (VX11) menerusi satu klip video di akaun Facebook Proton Cars beberapa hari lalu, kini beberapa penasihat jualan mula mengambil tempahan model berkenaan.

Menurut tinjauan kami di Facebook, ada beberapa penasihat jualan sudah mula berbuat demikian dan mengatakan pelancaran model ini akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.

Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak Proton berkenaan tempahan X90 (VX11) dan kami ingin menasihati anda supaya tidak terlalu terburu-buru, serta mengambil langkah tunggu dan lihat.

Jika dilihat pada perkembangan mutakhir, X90 (VX11) hanya menghitung hari sahaja untuk dilancarkan kerana ia kini sudah memulakan fasa pengeluaran secara besar-besaran.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Majlis pelancaran rangkaian ‘stamping‘ D-Line baharu dan upacara ‘line-off X90 (VX11) telah pun berlangsung di Tanjung Malim, baru-baru ini.

Menurut ejen perisik Mat Bond, X90 (VX11) dijangka dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Mei atau Jun 2023, bertempat di Tanjung Malim.

Esok akan berlangsungnya satu sesi pratonton tertutup X90 (VX11) yang dihadiri oleh tetamu jemputan di Shah Alam. X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Enam pilihan warna bakal ditawarkan iaitu Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon BrownSpace Grey dan termasuk warna baharu, Deep Marine Blue.

Ada ura-ura mengatakan X90 (VX11) akan ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk, iaitu tujuh tempat-duduk dan juga enam tempat-duduk (Captain Seat).

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

X90 (VX11) ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang menjana 174 kuasa kuda dan 255 Nm yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar turut mengesahkan ia akan mempunyai pilihan varian ‘mild’ hibrid (MHEV) yang menggandingkan enjin 1.5TGDi (1.5 TD) bersama dengan Belt Start Generator (BSG) berkuasa 48-Volt.

Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghamburkan 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas dan disambungkan kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Menurut rakan media di Automachi, tanda harga X90 (VX11) berkemungkinan RM 3,000 lebih mahal berbanding X70, dengan jangkaan harga bermula dari RM 123,000.

Tempahannya akan dibuka secara rasmi akhir bulan ini dan ia bakal dilancarkan kira-kira sebulan kemudian. Jadi, besar kemungkinan tarikh pelancaran rasmi X90 (VX11) dijangka selepas cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply