ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi pesawat jet Firefly akan bermula bulan depan

Berita Tempatan

Views

Firefly Airlines akan memulakan operasi penerbangan menggunakan pesawat jet dari hab utaranya di Pulau Pinang ke tiga destinasi iaitu Kota Kinabalu, Kuching and Johor Bahru bermula bulan depan. Menurut Berita Harian, syarikat di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) itu ketika ini hanya menggunakan pesawat jenis turboprop bagi menjalankan operasi penerbangannya.

Menurut laporan TTG Asia yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See, sebagai berkata syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi penerbangan dua kali sehari antara Pulau Pinang dan Kota Kinabalu serta Kuching dan tiga kali sehari antara Pulau Pinang ke Johor Bharu.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Katanya, perkhidmatan penerbangan ini akan menggunakan pesawat Boeing 737-800, menggunakan pesawat lebihan yang dimiliki Malaysia Airlines. Tambah beliau, Pulau Pinang dipilih kerana ia adalah lokasi yang bagus untuk bermula kerana mempunyai gabungan hiburan dan perniagaan korporat yang hebat.

See berkata, penerbangan baharu itu akan berkongsi kod dengan Malaysia Airlines dan pelanggan boleh mengumpul serta menebus mata ganjaran Enrich points. Dari segi perbezaan produk, Firefly akan menawarkan perkhidmatan tambang rendah yang mana penumpang boleh memilih produk dan perkhidmatan yang dimahukan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Ia seperti konsep DIY (layan diri) namun pada masa sama penumpang juga boleh menikmati manfaat penuh dengan menjadi sebahagian daripada MAG. Tambahnya, penubuhan hab operasi Firefly di Pulau Pinang akan memerlukan pelaburan minimum daripada MAG pada 2021.

Tembah beliau lagi, pelaburan ini dijangka akan meningkatkan kadar pengeluaran, yang diukur menggunakan purata tempat duduk setiap kilometer, sebanyak 36 peratus dalam tempoh lima tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply