Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan gelang tangan Penjejakan Digital untuk memantau pergerakan mana-mana individu yang telah diarahkan untuk menjalani proses ‘kuarantin diri‘. Kaedah ini telah digunapakai di beberapa buah negara seperti di China dan Korea.
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
Ia direka oleh Lembaga Multimedia Sarawak yang merupakan antara agensi Kerajaan Negeri Sarawak dan mempunyai dua kategori iaitu kuarantin di rumah dan kuarantin di hospital. Dengan cara ini, ia akan memudahkan pihak berkuasa Sarawak untuk mengetahui dimanakah keberadaan mereka sepanjang tempoh kuarantin.
Gelang tangan digital ini juga akan diberikan kepada mana-mana rakyat Sarawak yang pulang dari luar Sarawak kerana arahan telah diberikan kepada mereka untuk dikuarantin di rumah selama 14 hari. Menurut pemilik akaun Facebook Siti Rohani Ahmat, individu tersebut perlu menggunakan gelang tangan itu sepanjang tempoh kuarantin.
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
Mereka perlu mengimbas kod bar pada gelang tangan tersebut dan memuatnaik aplikasi yang berkaitan untuk melaporkan keberadaan mereka. Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) perlu diaktifkan semasa log masuk ke aplikasi tersebut. Kemudian individu tersebut dikehendaki melaporkan status mereka pada setiap hari, jam 8.00 pagi dan 8.00 malam selama 14 hari.
Selain itu turut dinyatakan dalam risalah yang dibekalkan mengenai hukuman yang akan dikenakan sekiranya mereka ingkar dengan arahan tersebut. Gelang tangan ini hanya boleh ditanggalkan dan diserahkan semula ke Pusat Saringan bagi mengesahkan individu tersebut bebas dari tempoh kuarantin.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Borneo Post
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
KOMEN TERKINI