ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket curi MPV dan 4WD tumpas, enam suspek ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menumpaskan sindiket mencuri kenderaan yang menyasarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda (4WD) selepas menahan enam anggota sindiket berkenaan dalam operasi sekitar Subang Jaya dan Bentong, Pahang.

Semua suspek lelaki berusia antara 35 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi dari jam 9 pagi Selasa hingga 2 pagi Rabu oleh Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan awal mendapati sindiket menyasarkan 4WD dan MPV jenis Toyota dan Honda.

Ujar beliau, sindiket akan meninggalkan kenderaan berkenaan di kawasan terpencil sebelum diambil oleh sindiket lain untuk dijual ke luar negara atau dileraikan sebelum dijual sebagai alat ganti terpakai di pasaran tempatan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dalam operasi berkenaan, katanya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Hilux dan Camry, selain pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencuri kenderaan.

Ayob Khan berkata, polis masih mengesan dalang utama dan saki-baki anggota sindiket berkenaan yang disyaki bergerak aktif di sekitar Lembah Klang, Pahang, Johor dan Pulau Pinang.

Semua suspek direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply