ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu akui ada ‘penipuan’ dalam ujian perlanggaran sisi melibatkan model Toyota Vios dan Perodua Axia

Berita Global

Views

Daihatsu menerusi satu kenyataan ‘mengakui ada unsur penipuan‘ dalam ujian kemalangan perlanggaran sisi melibatkan sebahagian daripada pintu yang dijalankan untuk 88,000 unit kereta kompak, sebahagian besarnya dijual di bawah jenama Toyota.

Anak syarikat Toyota itu memaklumkan, kemasan pintu pada kenderaan yang terjejas telah diubah suai dengan ‘takuk’ (notch), bagi meminimumkan risiko semasa ujian.

Syarikat itu menambah, pengubahsuaian yang dibuat untuk ujian tersebut tidak melibatkan kenderaan versi pengeluaran.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pengerusi Toyota Akio Toyoda berkata, syarikat kini sedang menjalankan siasatan bagaimana panel-sisi Yaris dan beberapa model lain telah diubah untuk ujian keselamatan dan memohon maaf kerana telah mengkhianati kepercayaan pelanggan.

Menurut Toyota, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkenaan kemalangan mahu pun kecederaan berhubung dengan ujian perlanggaran-sisi tersebut.

Daihatsu pula berkata, pihaknya hanya mengetahui perkara berkenaan selepas menerima laporan daripada pemberi maklumat.

Pihaknya juga telah melaporkan isu itu kepada agensi kawal selia dan menghentikan penghantaran model yang terjejas.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Antara model yang terlibat termasuklah Toyota Yaris Ativ yang dihasilkan di Thailand dan Perodua Axia yang dikeluarkan di Malaysia.

Tambah Daihatsu, 76,000 unit merupakan model Yaris untuk pasaran Thailand, Mexico, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman. Kira-kira 11,800 unit pula adalah model Axia yang dihasilkan oleh Perodua untuk pasaran Malaysia.

Daihatsu berkata ia akan menjalankan ujian keselamatan baharu dengan kehadiran pengawal selia dan mengesahkan keselamatan model sebelum meneruskan penghantaran.

Ini merupakan ujian besar yang pertama buat Presiden Toyota, Koji Sato yang mula menyandang jawatan tersebut sejak 1 April lalu. – Reuters.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply