ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakar cadang gandakan kadar tol dan hentikan subsidi petrol bagi atasi kesesakan di Kuala Lumpur

Berita Tempatan

Views

Kami yakin artikel ini bakal mengundang kecaman warganet. Free Malaysia Today melaporkan seorang perunding sistem pengangkutan menggesa caj tol dinaikkan dua atau tiga kali ganda berbanding kadar semasa bagi mengelak orang ramai yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur menggunakan kereta persendirian.

Rosli Azad Khan berkata, wang yang dikutip daripada “kenderaan pemandu tunggal” itu boleh disalurkan untuk menaik taraf pengangkutan awam. Menurut kajian Pusat Tadbir Urus Tadbir dan Pengajian Politik, lebih 87 peratus rakyat Malaysia yang bekerja di pusat perniagaan Kuala Lumpur memandu kenderaan persendirian ke tempat kerja, sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan utama bandar.

Mereka menyarankan agar kadar tol dikekalkan dan menghentikan subsidi petrol supaya lebih ramai rakyat cenderung menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta. Rosli yang menyambut baik cadangan itu  berkata, kerajaan perlu memperkenalkan caj tol dua atau tiga kali ganda bagi kenderaan pemandu tunggal dan menyalurkan caj ini untuk menaik taraf pengangkutan awam.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Beliau menyeru satu tindakan untuk mengatasi kekurangan akses, kesambungan dan masa perjalanan yang panjang bagi pengangkutan awam. Malaysia agak jauh ketinggalan berbanding negara Asia lain seperti Singapura dan Jepun dalam penggunaan pengangkutan awam.

Kajian lepas menunjukkan hanya 15-18 peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam, berbanding 82-85 peratus menggunakan kenderaan persendirian. Rosli berkata, sebagai perbandingan, Singapura mempunyai salah satu daripada bilangan pengguna pengangkutan awam tertinggi, dengan hampir 70 peratus rakyat menggunakan pengangkutan awam dan 30 peratus kenderaan sendiri. Tokyo pula mempunyai 65 peratus hingga 35 peratus, manakala London 62 peratus hingga 38 peratus.

Tambahnya, perkhidmatan pengangkutan awam perlu dijadikan lebih mampu digunakan, terutama bagi mereka yang menggunakan kemudahan parkir dan menunggang motosikal. Mereka yang menggunakan pengangkutan awam harus dikenakan caj parkir yang rendah di stesen pengangkutan awam.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Presiden Gerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh Dhillon turut sependapat dengan cadangan Rosli. Katanya, kerajaan perlu memperbaiki infrastruktur pengangkutan awam supaya mencapai lebih banyak kawasan dan menggalakkan orang ramai menggunakannya. Kita hidup dalam iklim tropika dan pada waktu petang ia boleh menjadi sangat panas jika berjalan ke destinasi masing-masing.

Bagi cadangan berkongsi kereta, Darshan berkata ia menyusahkan sesetengah orang kerana persekitaran kerja dan keluarga yang berlainan, oleh sebab itu tidak ramai yang berminat dengan idea tersebut. Ujarnya,  sesetengah mungkin bekerja lebih masa dan mungkin mempunyai komitmen keluarga yang berbeza, oleh itu memandu kenderaan sendiri lebih memudahkan mereka.

Beliau lebih suka menggunakan pengangkutan awam semasa menghadiri mesyuarat di bandar, tetapi perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja kerana tiada perkhidmatan pengangkutan awam. Darshan yang bekerja di Kepong berkata, buat masa ini masih belum ada sambungan KTM dan MRT di tempatnya kerana ia masih dalam pembinaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit muv-x.com

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply