ARKIB

KATEGORI

Info

PALATAO: Bakal lancarkan 3 model berbeza, Proton e.MAS dilihat ‘beri amaran’ awal kepada BYD?

Palatao

Views

Semalam, akaun Facebook rasmi Proton e.MAS Cars sebentar telah menyiarkan video acah yang memaparkan ‘siluet’ tiga model kereta dengan bentuk badan berbeza iaitu sedan, SUV dan hatchback kompak.

Dengan kapsyen “Are u ready for e.MAS?“, ia seolah-olah memberi petunjuk awal bahawa jenama kenderaan elektrik (EV) Proton itu bakal melancarkan tiga model yang berbeza.

Minda penulis mula tertanya-tanya, sama ada video acah tersebut mengesahkan kewujudan ketiga-tiga model itu, atau satu model sahaja yang akan diperkenalkan, yang lain hanyalah sebagai ‘umpan’ semata-mata.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Namun, jika mengikut pandangan logik ‘palatao’ penulis, Proton e.MAS dilihat sedang memberi ‘amaran awal’ kepada bakal pesaing terkuatnya iaitu BYD menerusi barisan model yang bakal dipertaruhkan itu nanti.

Mana tidaknya, kesemua model-model yang digambarkan itu kini ditawarkan oleh BYD, iaitu model SUV BYD ATTO 3, model hatchback kompak BYD Dolphin dan model sedan BYD Seal.

Mengikut firasat penulis, model pertama Proton e.MAS (namakod E245) atau e.MAS7 adalah versi pemanduan kanan (RHD) kepada Geely Galaxy E5 dan bakal bersaing dengan BYD ATTO 3.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Model hatchback kompak pula, berkemungkinan besar versi RHD Geome Xingyuan jika diperhatikan pada siluetnya. Sudah pasti ia bakal menjadi seteru terkuat kepada BYD Dolphin dan beberapa model hatchback kompak lain.

Untuk model sedan, calon yang paling sesuai untuk ‘berentap’ dengan BYD Seal, tidak lain tidak bukan adalah Geely Galaxy E8, yang baru-baru ini telah memenangi anugerah Platinum A’ Design Award dan Red Dot Award: Product Design 2024.

Selain itu, ada dua lagi calon sedan yang berpotensi iaitu Galaxy L6 PHEV dan juga Geely Geometry G6. Buat masa ini tidak diketahui sama ada sedan itu disasarkan untuk menjadi EV ‘marhaen’ atau untuk golongan ‘maha kaya’ kerana penulis tidak tahu apakah strategi dan taktikal sebenar Proton e.MAS.

Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply