ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

PANAS: Perodua Axia 2023 (D74A) tengah buat penggambaran iklan ke tu?

Foto Tiris

Views

Nampaknya sudah tidak dapat dibendung lagi pembocoran foto sebenar Perodua Axia 2023 (D74A). Kini tular di media sosial beberapa foto Axia 2023 (D74A) berwarna putih yang mungkin sedang menjalani penggambaran iklan.

Foto-foto tersebut telah mendedahkan sebahagian besar rupa sebenar Axia 2023 (D74A) terutama sekali dari arah belakang. Sekilas pandang, rekaan belakang Axia 2023 (D74A) mirip abangnya, iaitu Myvi. Paling ketara adalah bentuk cermin pada tingkap pintu but belakang dan juga lampunya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ya, nampak gayanya lampu itu dipinjam dari Myvi dan diubah di bahagian dalam klusternya dengan penggunaan mentol jenis biasa dan kemasan gelap (smoked). Bentuk bamparnya pula agak ringkas dan kelihatan seperti bampar model Mitsubishi Mirage.

Dari pandangan sisi, kelihatan Axia 2023 (D74A) lebih panjang dan rendah berbanding model sebelumnya. Tetapi kali ini, lekuk pada bahagian pintu lebih menonjol dan gerbang tayar nampak lebih sasa. Agak sadis, rekaan rimnya kelihatan sama seperti model Axia generasi semasa, tanpa kemasan dwitona.

Tapi tidak mengapa kerana ramai yang akan menukar rim jenis lain sebaik sahaja kereta keluar dari bilik pameran nanti. Jika anda perasan, bentuk tingkap sisi Axia 2023 (D74A) masih membawa elemen reka bentuk model semasa.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Di bahagian atas tiang-Cnya kelihatan ada lekukan kecil yang bersambung dari bingkai tingkap sisi yang ditarik sehingga ke penjuru spoiler belakang.

Pada firasat penulis, pereka Perodua sudah siap sedia untuk menjadikannya sebagai penanda paras bumbung dwitona, mungkin untuk versi yang lebih sporty atau gaya crossover seperti Axia STYLE bila tiba fasa faceliftnya nanti.

Apa pun, secara keseluruhan penulis ‘berkenan’ dengan gaya terbaharu Axia 2023 (D74A) ini. Macam tak jauh beza sangat dengan gambaran digital sebelum ini kan? Pendapat anda pula bagaimana?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul, Alsaddam Suhaimi dan Amerul Asyraff

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply