PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan media menasihatkan agar penduduk Pulau Pinang untuk terus berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya membuat perjalanan sekiranya benar-benar perlu bagi membendung penularan wabak COVID-19.
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
Sekiranya mereka perlu melakukan perjalanan, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan mereka mempunyai baki kad Touch ‘n Go yang mencukupi kerana sebarang transaksi tambah nilai menerusi Pembantu Khidmat Pelanggan tidak lagi dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, pelanggan boleh menambah nilai di pusat-pusat menambah nilai yang lain seperti mesin ATM, kedai serbaneka serta stesen minyak yang terdapat di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Prai. Kiosk Layan Diri turut disediakan di lokasi-lokasi terpilih sepanjang lebuhraya PLUS.
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
PLUS amat memahami kesukaran sesetengah pemandu untuk membuat tambah nilai di lokasi-lokasi lain selain plaza tol. Walau bagaimanapun, langkah untuk memberhentikan perkhidmatan menambah nilai di lorong tol sepanjang PKP ini perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di kalangan pelanggan dan juga Pembantu Khidmat Pelanggan.
Jelas Zakaria, paling utama, langkah terbaik membendung penularan COVID-19 adalah dengan duduk di rumah dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Tambah beliau lagi, dengan memastikan kad Touch ‘n Go sentiasa mempunyai baki yang mencukupi untuk transaksi tol, ia dapat mengelakkan interaksi langsung bersama Pembantu Khidmat Pelanggan dan pada masa yang sama, memastikan penjarakan sosial dapat dilakukan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
KOMEN TERKINI