ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pihak berkuasa Tunisia guna ‘robot polis’ pantau perintah berkurung

Berita Global

Views

Astro Awani melaporkan, pihak berkuasa di Tunisia memanfaatkan penggunaan teknologi robot untuk melakukan pemantauan dan memastikan pematuhan perintah berkurung di negara berkenaan bagi membendung penularan COVID-19.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Dikenali sebagai PGuard, robot polis ini dilengkapi kamera inframerah serta haba termasuk sistem penggera bunyi dan cahaya, boleh dikendalikan dari jarak jauh. Menerusi beberapa rakaman yang dimuat naik pada akaun Facebook Kementerian Dalam Negeri, robot itu dilihat memberi amaran kepada individu yang ingkar perintah berkurung.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Pencipta robot, Anis Sahbani berkata mesin itu sudah mula dihasilkan pada tahun 2015 untuk menjalankan rondaan keselamatan. Kata beliau, ia juga beroperasi secara kendiri menggunakan kecerdasan buatan (AI). Robot yang dibina oleh Enova Robotics Sahbani dengan kos AS$100,000 hingga AS$140,000 itu telah dijual kepada syarikat luar negara.

Pada masa sama, syarikat berkenaan kini merancang untuk menggunakan robot tersebut di Hospital Tunis bagi membantu pesakit COVID-19 berkomunikasi dengan keluarga mereka. Tunisia telah menjalankan perintah kawalan pergerakan bermula 17 Mac lalu dan pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung bermula 22 Mac. Negara itu mencatatkan 495 kes positif COVID-19 dengan 18 kematian setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto kredit South China Morning Post

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply