ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pastikan beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang ada label kod QR

Berita Tempatan

Views

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Nasri Ishak menasihatkan para ibu bapa supaya mmemastikan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan yang dibeli mempunyai label kod QR kerana ia mengandungi maklumat terperinci mengenai garis panduan keselamatannya.

Menurut Harian Metro, ketika ini pengeluar CRS sudah dimaklumkan mengenai label kod QR daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan hanya kerusi yang mempunyai label itu saja dibenarkan dijual di negara ini.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Menurutnya, maklumat yang terdapat dalam garis panduan CRS itu termasuk kelulusan pensijilan, kaedah pemasangan dalam kenderaan dan kesesuaian pemakaian mengikut kategori berat serta tinggi. Jelas beliau, CRS yang mempunyai label kod QR menunjukkan ia mengikut piawaian United Nation (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Regulation (Peraturan) 44 dan 129.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan label itu ada pada CRS sebelum membelinya. Bagi pembelian dalam talian, mereka juga perlu memastikan label ini ada jika tidak mereka boleh memulangkannya semula kepada penjual. Katanya, pembelian CRS tanpa label ini jelas menunjukkan ia tidak mengikut piawaian dan boleh memberi risiko nyawa anak jika menggunakannya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan di Seremban, semalam.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Pada majlis sama turut disampaikan Anugerah Kelab Keselamatan Jalan Raya Paling Aktif Peringkat Kebangsaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, Perlis (kategori sekolah menengah) serta Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ketapang, Terengganu (kategori sekolah rendah).

Mengulas lanjut, Nasri berkata, ibu bapa juga boleh melayari laman web JKJR untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai garis panduan CRS. Kata beliau, CRS sudah lama dijual di dan digunakan di negara ini tetapi setakat ini tiada pemantauan sama ada terdapat kerusi yang tidak berkualiti digunakan.

Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bagi menyelamatkan nyawa bayi daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. MIROS turut menetapkan tiga kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerusi itu iaitu jenis kereta, kerusi dan saiz kanak-kanak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply