ARKIB

KATEGORI

Buletin

Super dron tak jadi terbang hari ini – Dibiayai dana swasta sepenuhnya

Berita Tempatan

Views

Kami yakin ramai dah tahu mengenai berita ini malam tadi kan? Disebabkan ada beberapa yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, hari ini kami dapat kongsikan berita ini dengan anda. Nampaknya hasrat kita melihat Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof untuk menaiki dan menguji super dron yang dijadualkan hari tidak kesampaian kerana ujian tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Mengapa CAAM tidak meluluskan ujian penerbangan ‘kereta terbang Pak Wan’ atau UAS E-Hang 216 (EH216)?

Dalam satu kenyataan media semalam, mereka menegaskan, lokasi percubaan penerbangan di Hangar UNIKL MIAT Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial. Jelas mereka, lokasi itu terletak di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang di bawah penyeliaan yang ketat oleh Pusat Kawalan Trafik Udara.

Menurut kenyataan tersebut, EH216 hanya diberikan Permit Khas Penerbangan (SFP) oleh negara pengeluar iaitu Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad untuk mengendalikan penyelidikan dan pembangunan penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Semalam kami ada siarkan video rakaman demonstrasi penerbangan super dron tersebut di lama Facebook dan menurut CAAM, mereka sedang menyiasat “ujian haram” yang dilakukan pada 15 November lalu di Lapangan Terbang Subang.

Jelas CAAM, mereka amat menyokong pembangunan industri aeroangkasa di negara ini namun ia mesti mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) bagi memastikan jaminan keselamatan dipatuhi. Mereka juga sedia mempertimbangkan sekiranya ujian penerbangan EH216 mahu dilakukan di lokasi yang sesuai dengan sokongan negara pengeluar.

Dalam perkembangan lain, Berita Harian melaporkan, Malaysia masih belum mempunyai peraturan sah yang membolehkan dron atau kereta terbang menerbangkan penumpang. Menurut pihak pengawal selia seperti CAAM, ketika ini juga masih tiada sebarang peraturan dan jika ia digubal, ia berkemungkinan akan terlaksana dalam tempoh enam bulan akan datang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam juga menyatakan semua pihak perlu mendapatkan kelulusan CAAM bagi sebarang urusan membabitkan dron atau kereta terbang. Redzuan di Dewan Rakyat kelmarin mengumumkan beliau akan menguji super dron pada hari ini dan mengundang beberapa ahli Parlimen menyertainya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dijangka turut hadir bersama dalam sesi tersebut. Super Dron yang bakal dinaiki Redzuan adalah hasil usaha sama EastCap Bhd yang bertindak sebagai pengedar sah dengan dua syarikat dari China iaitu eHang Intelligent Equipment Guangzhou (eHang) dan Strong Rich Holdings Limited.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan EastCap, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata, super dron itu bukan untuk penggunaan komersil sebaliknya ia digunakan untuk kegunaan tertentu seperti kegunaan pemantauan sempadan oleh pihak berkuasa, pelancongan, bantuan kecemasan, perubatan dan perladangan.

Beliau berkata, ketika ini juga masih tiada peraturan yang membenarkan dron diterbangkan dan membawa penumpang. Pihaknya juga kini dalam proses menyiapkan dokumen berkaitan sebelum dihantar kepada CAAM untuk mendapatkan kelulusan dan penggubalan peraturan.

Katanya, peraturan itu dijangka dapat diluluskan dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang, jika ia mendapat persetujuan Dewan Rakyat. Mereka perlu menghantar dokumen dan kertas cadangan berkaitan bagi menjelaskan keperluan dan kepentingan super dron di Malaysia.

Selain itu, pengeluar super dron itu iaitu eHang juga perlu mengemukakan dokumen berkaitan keselamatan dan spesifikasi model yang bakal digunakan di Malaysia. Ketika mengulas mengenai beberapa isu berkaitan perancangan EastCap memperkenalkan Super Dron itu, Zakwanhafiz berkata pihaknya sentiasa bersikap terbuka dalam memberi penjelasan.

Beliau berkata, ketika ini super dron berkenaan adalah versi import sepenuhnya (CBU) daripada pengeluar, eHang dan jika kemudahan yang dirancang dibangunkan di Malaysia siap sepenuhnya pada tahun hadapan, ia akan menjadi dron versi pemasangan tempatan (CKD).

Mengenai dana super dron itu pula katanya, ketika ini ia dibiayai sepenuhnya oleh eHang sebagai sebahagian daripada pemasaran dan promosi kenderaan itu di Malaysia dan rantau ini. Beliau mengambil contoh Proton X70 yang ketika ini adalah versi CBU dan kemudiannya barulah CKD.

Begitu juga dengan super dron mereka dan ia akan diubah suai mengikut keperluan yang ditetapkan oleh CAAM kelak. Ia juga dibiayai dana swasta sepenuhnya dan tidak membabitkan dana kerajaan kerana ia adalah inisiatif syarikat korporat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply