ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pekerja penghantaran maut dirempuh pemandu terlelap

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang pekerja penghantaran maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai terlelap di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke Plaza Tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, mangsa, Zhafari Bukhori, 34, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, siasatan awal mendapati pemandu Honda Civic berusia 47 tahun yang berada di lorong ketiga dipercayai terlelap ketika melalui selekoh di lokasi berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Katanya kereta dipandu lelaki itu kemudian melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di lorong kiri. Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berkenaan diseret sejauh kira-kira 1.5 meter dan menyebabkan mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.

Zulkefly berkata, pemandu kereta itu dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian Evidential Breath Analyzer (EBA). Walaubagaimanapun, hasil ujian didapati negatif dan lelaki itu kini direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply