ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga di Pakistan bakal guna enjin S4PE berkapasiti 1,299 cc

Berita Global

Views

Portal permotoran dari Pakistan, CarSpirit.pk mendedahkan Proton Saga yang akan dijual di sana nanti akan menggunakan enjin S4PE yang dikecilkan kapasitinya kepada 1,299 cc berbanding versi asal 1,332cc, yang dijual di sini. Ia disahkan menerusi dokumen yang telah dimuatnaik ke laman sesawang jabatan cukai dan eksais negara tersebut.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Selain itu, dokumen berkenaan juga mendedahkan yang Proton akan menawarkan dua varian Saga untuk negara Pakistan, iaitu Standard dan Premium. Pengenalan Saga dengan enjin 1,299 cc ini membolehkan pengedarnya Al-Haj Automotive meletakkan tanda harga yang lebih rendah berikutan perbezaan struktur cukai untuk kereta berkapasiti 1,300cc dan ke atas.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Pembangunan enjin 1,299cc baharu itu sepatutnya selesai Mei lalu dan kemudiannya ia sedia ke fasa pengeluaran. Menurut maklumat yang kami perolehi, Saga di pasaran Malaysia juga dikatakan bakal menerima enjin 1,299cc ini pada tahun hadapan dan ia dikatakan lebih cekap bahan bakar berbanding enjin sedia ada.

Meskipun kapasitinya 34 cc lebih rendah, dari segi output ia masih mampu menghasilkan 95 PS dan daya kilas maksima 120 Nm, sama dengan versi di negara ini. Proton akan terlebih dahulu melancarkan X70 dengan enjin 1.5 liter T-GDI yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (7DCT) bulan ini dan ia disusuli pula dengan Saga pada bulan Januari 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit CarSpirit.pk

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply