ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelaksanaan Program Subsidi Petrol ditangguhkan

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, Berita Harian melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang dijadualkan bermula Januari tahun depan ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Sudah pasti berita ini akan melegakan seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi kenaikan harga petrol RON95 secara berperingkat setelah kerajaan bersetuju untuk kembali mengapungkan harga bahan bakar itu sehingga ia mencapai ke paras harga pasaran.

Beberapa syarikat pengeluar minyak seperti Petronas dan Shell juga sudah menaik taraf petrol RON95 kepada gred Euro 4M lebih awal dari tarikh yang diwartakan kerajaan iaitu pada 1 Januari 2020. Memetik laporan dari Berita Harian, keputusan untuk menangguhkan program itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Disember lalu bagi memberi ruang terhadap penyelesaian dua perkara utama yang kini giat dilaksanakan kerajaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Antaranya merangkumi sesi penerangan dan penjelasan yang masih diteruskan kepada rakyat bagi memastikan kefahaman sewajarnya mengenai PSP berupaya diperoleh, sekali gus melancarkan mekanisme pelaksanaan program terbabit.

Selain itu penangguhan ini juga bagi memberi ruang kepada proses pendaftaran penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus (M40) yang akan dikendalikan Kementerian Kewangan. Sementara menunggu pengumuman pengesahan pelaksanaan PSP, Saifuddin berkata, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply