ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suspek kes ragut maut digilis kereta

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang suspek kes ragut maut selepas terperosok di bawah kereta dalam kejadian di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri di sini, pada jam 6.24 petang semalam. Difahamkan sebelum kejadian suspek yang menunggang sebuah motosikal dipercayai telah meragut rantai emas daripada seorang lelaki ketika mangsa ingin masuk ke dalam kereta.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Suspek kemudiannya sempat melarikan diri sebelum motosikal yang ditunggangi dilanggar oleh kereta mangsa ragut itu. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, motosikal yang ditunggang suspek dipercayai melawan arus dan berhenti di tepi jalan secara mengejut.

Beliau berkata, pemandu kereta yang juga mangsa ragut berusia 44 tahun itu tidak sempat membrek lalu melanggar motosikal suspek hingga menyebabkan suspek terjatuh.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Jelas Ismadi, suspek yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Serdang, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 7.52 petang. Tambah beliau, polis yang menjalankan siasatan kes itu turut menjumpai rantai yang diragut oleh suspek terbabit.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga kes dadah, dua samun dan satu Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK). Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 41(1)” Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply