ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu ambulans ‘rebah dan meninggal dunia’ selepas hantar pesakit COVID-19

Tular

Views

Pemandu ambulans juga merupakan salah seorang daripada petugas barisan hadapan yang boleh diibaratkan sebagai “wira yang tak didendang”. Meskipun kita jarang mendengar kisah pengorbanan mereka kerana berada di sebalik tabir, hari ini kita dikejutkan dengan pemergian salah seorang pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Tronoh yang tiba-tiba rebah selepas menghantar pesakit COVID-19 ke hospital.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Berita tersebut tular di laman Facebook Viral Perak dan dikatakan punca kematian mangsa, Ahmad Zamri Sulaiman, 54, adalah disebabkan oleh keletihan yang terlampau. Namun buat masa ini belum ada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Rata-rata warganet jelas begitu sedih dan hiba dengan berita tersebut. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Viral Perak

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply