ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak dapat duit beli dadah – Mat Gian mengamuk bakar motosikal

Berita Tempatan

Views

Gara-gara tidak memperoleh wang seperti yang diminta, seorang lelaki bertindak membakar motosikalnya selepas mengamuk dalam kejadian di Paya Keladi Hujung di Kepala Batas petang semalam. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu suspek dikatakan berang apabila ibu bapanya enggan memberi wang dipercayai untuk membeli dadah.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Menurutnya, suspek berusia 24 tahun itu kemudiannya mengamuk lalu membakar sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 miliknya. Tambah beliau, pihak polis menerima panggilan menyatakan ada seorang lelaki mengamuk lalu membakar motosikal miliknya kerana berang tidak diberi wang untuk membeli dadah.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Tambahnya, suspek tidak mencederakan sesiapa termasuk ibu bapanya. Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendapati suspek positif methamphetamine. Katanya lagi, suspek diserahkan kepada AADK Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply