ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Hilux mabuk ‘buat gila’ di tapak bazar Ramadan telah ditahan

Tular

Views

Petang tadi tular di laman sosial beberapa klip video yang memaparkan aksi gila seorang pemandu trak pikap yang memandu secara melulu sehingga merempuh dan mencederakan orang ramai yang sedang membeli juadah berbuka puasa di tapak bazar Ramadan Bukit Sentosa, Rawang.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Berita Harian melaporkan, pemandu pemandu pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, tindakan suspek berusia 30-an itu telah mengakibatkan dua lelaki cedera di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Jelas beliau, pemandu itu sudah ditangkap selepas didapati memandu kenderaan secara melulu dan polis masih berada di tempat kejadian untuk jalankan siasatan. Terdahulu, beberapa klip video insiden berkenaan tular di media sosial yang memaparkan tindakan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling beberapa objek keras untuk menghentikan kereta tersebut. Kenderaan itu turut dilihat merempuh gerai makanan di lokasi terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply