ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis Dungun nafi dakwaan ‘Siska Qirana’ ada ‘kabel’ orang dalam

Tular

Views

Sejak semalam tular di laman sosial pengakuan seorang warganet bernama ‘Siska Qirana‘ yang mendakwa dirinya mempunyai ‘kabel’ bagi membolehkannya merentas negeri dari Dungun ke Putrajaya. Menurut Sinar Harian, dakwaan wanita tersebut adalah tidak benar dan Polis Dungun menafikannya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, polis telah memberikan kelulusan kepada wanita itu pada penghujung April lalu, selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita berkenaan di Putrajaya telah dipecah masuk.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Jelas beliau, kebenaran yang diberikan adalah bagi membolehkannya menyelesaikan urusan berkaitan taska dan dia sudah bergerak ke sana pada 27 April lalu. Tambah beliau, wanita itu juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke Dungun memandangkan anak-anaknya ditinggalkan di daerah ini bersama keluarganya.

Sebelum ini, ‘Siska Qirana’ memuat naik status menerusi aplikasi WhatsApp dan turut berkongsi perbualan mesej dengan seorang sarjan mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai ‘kabel’. Tindakannya itu mendapat kecaman warganet selepas tular dan turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Tambah Baharudin, tidak timbul isu layanan istimewa atau ada ‘orang dalam’ kerana kebenaran yang diberikan kepadanya setelah kita menilai pelbagai perkara. Katanya lagi, beliau turut terkilan dengan tindakan wanita itu dan tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian sedangkan kebenaran diberi bukan kerana dia mempunyai ‘orang dalam’ tapi atas dasar keperluan untuk membantu siasatan kesnya di Putrajaya.

Kejadian yang hampir sama juga berlaku bulan lalu apabila tular status media sosial seorang wanita yang mendakwa suaminya mempunyai ‘kabel‘ dengan Ketua Polis Negara (KPN) bagi membolehkannya pulang ke Kuantan. Difahamkan wanita itu mendakwa dirinya tidak berniat untuk menggunakan nama KPN, namun berbuat demikian kerana amat tertekan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga mengada-adakan cerita.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply