ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu lori Scania ‘buli’ Myvi dalam video tular didapati positif dadah

Tular

Views

Seorang pemandu lori tular yang ditahan polis kerana memandu secara melulu, mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan, di Petaling Jaya, pada Khamis lalu, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemandu lori itu telah ditahan di Meru, Klang, pada Jumaat bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif dadah jenis methampetamine, dia telah ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Mohamad Fakhrudin berkata, bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah mengesan satu video tular berdurasi dua minit 59 saat yang memaparkan sebuah lori dipandu secara melulu di Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam sebelum susur masuk Subang.

Kejadian itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Myvi dan lori jenis Scania. Pihaknya berjaya mengesan kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) akta dadah berbahaya 1952.

Ujar beliau, pemilik kenderaan diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang memandu secara berbahaya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply