ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek Apple iCar kembali – Bakal dilancar 2024?

Berita Global

Views

Pada 2016, projek kereta Apple atau lebih dikenali dengan Projek Titan telah karam sebagaimana kisah kapal Titanic. Ia telah mengecewakan ramai peminat tegar jenama ‘berhantu’ tersebut yang sememangnya ternanti-nantikan kemunculan kereta pertama keluaran gergasi teknologi dari negara ‘Uncle Sam’ itu.

Namun, menurut laporan terkini dari Reuters, kerja-kerja pembangunan kereta tersebut telah disambung semula dan syarikat tersebut menyasarkan untuk memperkenalkan kereta pertama mereka pada tahun 2024. Dilaporkan Apple sedang berusaha dengan merancang untuk membina kenderaan untuk pengguna yang bakal menampilkan teknologi swapandu (autonomi).

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Selain itu, Apple juga ingin mempelopori reka bentuk bateri baharu yang akan mengurangkan kos bateri secara radikal dan juga meningkatkan jarak pemanduan kenderaan. Namun, buat masa ini tidak dipastikan siapa yang bakal membina kereta tersebut walaupun ada sumber memberitahu yang syarikat itu mungkin akan mencari rakan pengeluaran.

Untuk membangunkan kereta tersebut, Apple dikatakan bakal mencari rakan kongsi bagi membantu mereka membekalkan komponen bagi sistem swapandu dan mungkin juga mereka akan menggunakan teknologi yang dibangunkan sendiri, termasuklah sensor Lidar yang kini digunakan dalam iPhone 12 Pro dan iPad Pro.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Menurut Reuters lagi, bateri kereta tersebut akan menggunakan reka bentuk sel mono yang menghimpunkan sel-sel individu dalam bateri serta membebaskan ruang di dalam pek bateri dengan menghilangkan kantung dan modul yang biasanya digunakan untuk memegangnya.

Apple juga dikatakan sedang melakukan penyelidikan mengenai penggunaan besi lithium fosfat yang dikatakan cenderung tidak terlalu panas berbanding bateri lithium-ion tradisional. Menariknya, organisasi berita itu juga menambah bahawa masih ada peluang buat Apple memutuskan untuk tidak melancarkan kereta tersebut dan mungkin hanya menumpukan kepada pembangunan sistem swapandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply