ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tular

Views

Seorang warganet bernama Choon Keet telah meluahkan kekecewaannya terhadap jenama Honda setelah tuntutan warantinya terhadap masalah pemasangan kemasan pada tingkap belakang keretanya telah ditolak.

Choon Keet berkongsi hantaran tersebut menerusi akaun group paultan.org Automotive/Car Discussion Group sejak semalam.

Dalam masa yang sama dia turut memberi peringatan buat semua pembeli Honda agar lebih berhati-hati semasa menerima kereta baharu.

Katanya, dia menyedari isu pemasangan kemasan pada tingkap belakang, beberapa hari selepas mengambil keretanya.

Dia kemudiannya melaporkan isu tersebut semasa melakukan servis pertama 1,000km. Setelah menunggu selama sebulan, dia dimaklumkan oleh pusat servis bahawa tuntutan warantinya telah ditolak kerana ia bukanlah ‘kecacatan pembuatan’ (pengeluar).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Selepas itu dia menghubungi pihak Honda Malaysia untuk membuat rayuan semula. Katanya ini bukan isu “pengeluaran” tetapi “pemasangan”.

Beberapa minggu kemudian, dia menerima panggilan daripada Honda Malaysia yang mengatakan rayuan itu ditolak untuk kali kedua.

Kali ini alasan yang diberi adalah dia (Choon Keet) membuat pemasangan filem penapis haba menerusi pihak ketiga!

Seminggu selepas dia membuat rayuan semula, dia berjaya menemui foto semasa mengambil keretanya di bilik pameran. Jelas, ia menunjukkan kemasan bahagian tersebut memang sudah mengalami kecacatan!

Minggu yang berikutnya, dia sekali lagi menerima panggilan daripada Honda Malaysia yang mengatakan rayuan itu ditolak sekali lagi!

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kali ini, alasan yang ‘lebih merepek’ telah diberi yang mengatakan dia tidak membuat laporan tersebut semasa mengambil keretanya.

Sepatutnya, isu tersebut sangat kecil, namun dia tidak faham mengapa Honda Malaysia masih tetap ‘berkeras’ untuk menolak tuntutan warantinya meskipun telah diberikan segala bukti yang kukuh.

Dia turut menasihati bakal pembeli supaya mengambil sehari suntuk untuk membuat pemeriksaan penuh ‘luar dan dalam’ dan jangan mudah menurunkan tandatangan pada borang pesanan penghantaran.

Ada komen yang mengatakan Honda cukup terkenal dengan isu menolak tuntutan waranti dan banyak kes telah berlaku sebelum ini.

Selain itu, ada juga komen yang meminta Choon Keet untuk membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk mendapatkan keadilan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan mahupun penjelasan daripada pihak Honda Malaysia berhubung dengan isu tersebut yang kini menerima lebih 647 komen dan 136 perkongsian di media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Choon Keet

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply