K! ONLINE melaporkan, mangsa yang hilang dihanyutkan air deras di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang Sabtu lalu telah berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) petang tadi. Mayat Md. Rajihan Mohd. Junaidi, 28, dijumpai pada pukul 5.15 petang kira-kira 15 meter dari lokasi kereta Proton Waja yang ditemui petang semalam.
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sidek, anggota SAR melakukan operasi dengan cara menggodak kawasan itu sebelum mayat mangsa timbul. Mayat mangsa kemudian dinaikkan ke bot pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat.
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Sabtu lalu ditamatkan kira-kira 6 petang tadi. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kawasan pencarian apabila isteri mangsa, Khairunnisa Ibrahim, 25, yang setia menunggu sejak pagi tadi, tidak dapat membendung perasaan hingga terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarganya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit K! ONLINE
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
KOMEN TERKINI