ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya kereta yang ditemui, pemandu masih hilang

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, pasukan mencari dan menyelamat tidak menemui Md Rajihan Junaidi, 28, yang dilaporkan hanyut bersama-sama kereta, walaupun kenderaannya dinaikkan dari kawasan banjir petang semalam. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek, hanya kereta yang ditemui dan operasi telah ditangguhkan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Katanya, operasi bermula jam 10.30 pagi itu membabitkan 12 anggota menarik keluar kereta menggunakan teknik carian di permukaan (surface searching) di kawasan kedalaman parit kira-kira 4.5 meter, iaitu 100 meter dari tempat terakhir kereta dilihat petang kelmarin.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Tambahnya, pencarian yang menggunakan peralatan ‘gripping iron‘ atau besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa. Kereta berkenaan berjaya dinaikkan pada jam kira-kira 6.10 petang oleh polis, namun mangsa tidak ditemui di dalam kereta berkenaan dan ia kemudiannya ditunda ke Balai Polis Kahang untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian petang kelmarin, Md Rajihan memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya Khairunnisa Ibrahim, 24, sebelum dia hanyut bersama kereta ketika meredah lintasan air di Batu 18 Jalan Kluang – Kahang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Oden Runner Skudai

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply