ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Toyota Vios diserang sawan rempuh tujuh kenderaan dan pejalan kaki

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu yang dipercayai diserang sawan melanggar tujuh kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, di Pontian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, tujuh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan mengalami kerosakan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, akibat kejadian itu, lima motosikal dan dua kereta rosak manakala seorang pejalan kaki cedera.

Jelasnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Vios dari arah Pekan Nanas ke Johor Bahru hilang kawalan dan melanggar tujuh kenderaan dan seorang pejalan kaki.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pemandu terbabit ialah wanita berusia 25 tahun yang dipercayai diserang sawan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Mohammad Shofee berkata, pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun seorang pejalan kaki wanita mengalami kecederaan di leher dan dihantar ke Hospital Pontian untuk rawatan.

Keadaan jalan lurus dan lokasi kejadian berdekatan rumah kedai. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply