ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu treler himpit Proton Waja ditahan, turut terbabit dalam kemalangan maut dan positif dadah

Berita Tempatan

Views

Pemandu treler yang memandu dalam keadaan bahaya dengan menghimpit sebuah Proton Waja di Kilometer (KM) 264, berhampiran Plaza Tol Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), turut terbabit dengan satu kemalangan maut di Sungai Buloh, awal pagi semalam.

Menurut Berita Harian, suspek ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh, jam 2 petang semalam ketika diambil keterangan berikutan kemalangan maut berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata ujian saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati pemandu treler terbabit positif methaphetamine.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, pada 16 Disember lalu, tular satu rakaman video di laman sosial berdurasi 18 saat yang memaparkan cara pemanduan sebuah treler mengubah haluan secara berbahaya dipercayai berlaku di KM 264 Lebuhraya PLUS, arah utara.

Rakaman memaparkan sebuah treler yang datang dari arah Kulai, Johor menghala ke arah Kuala Lumpur mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kanan secara berbahaya.

Treler dipandu lelaki itu dilihat menghimpit sebuah kereta yang sedang bergerak di lorong kanan sehingga hampir mengakibatkan kemalangan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, suspek seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan di IPD Sungai Buloh, Selangor, kira-kira jam 2 petang semalam.

Suspek ditahan ketika diambil keterangan bersabit kes terbaharu membabitkan satu kemalangan maut di Sungai Buloh, pada awal pagi semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply