ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kenderaan terkandas

Berita Tempatan

Views

Pengguna jalan raya dan ratusan kenderaan yang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terkandas selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di Kilometer 62.9 menghala ke Bentong.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi mengesahkan insiden dan berkata, anggotanya sedang digerakkan ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, beliau mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di kilometer yang dikongsikan oleh pengguna di Facebook. Tambahnya, apa-apa perkembangan lanjut akan maklumkan oleh pihaknya nanti.

Sementara itu, pelakon dan pengacara, Fizo Omar yang berada di lokasi kejadian, turut berkongsi video puluhan kenderaan terkandas selepas laluan berkenaan terhalang disebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Fizo berkata, tanah runtuh di lebuh raya Karak menghala ke Kuala Lumpur dan semua kenderaan terkandas di situ. Tambahnya, mereka juga tidak boleh patah balik ke Karak disebabkan banjir dan air sudah mula melimpahi jalan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

Katanya lagi, sesiapa yang merancang untuk ke Kuala Lumpur melalui lebuh raya Karak, sila tangguhkan dahulu hasrat mereka buat masa ini, kerana jalan tidak boleh dilalui.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply