ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu yang akibatkan kemalangan maut tidak boleh dihukum gantung sampai mati

Berita Tempatan

Views

Menurusi satu program bual bicara yang dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian malam tadi, Pegawai Turus Kes Profil Tinggi dan Kajian Kes, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Rozlim Che Ali berkata, kes bunuh dan kemalangan jalan raya termasuk yang menyebabkan kematian adalah dua kes yang berlainan dan tidak boleh dikenakan hukuman yang sama iaitu gantung sampai mati.

Jelas beliau, ini kerana kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan parah, ringan atau maut ia dikategorikan sebagai kes ‘quasi criminal‘. Beliau berkata, kes-kes lalu lintas di bawah ‘quasi criminal‘ ini hanya memadai dibuktikan dengan tindakan tetapi berbeza dengan kes bunuh kerana terdapat dua perkara yang perlu dibuktikan iaitu niat serta tindakan.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

Katanya, bagi kes bunuh jika dapat dibuktikan niat seseorang pelaku itu serta tindakannya, baru kita boleh tuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Namun dalam kes kemalangan, sukar untuk pihaknya untuk membuktikan niat seseorang itu walaupun tindakannya mendatangkan kematian. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengapa pemandu mabuk yang menyebabkan kematian kepada orang lain tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati seperti pesalah kes bunuh.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Rozlim berkata, disebabkan itu, dalam kes-kes kemalangan polis hanya mengambil apa tindakan yang dilakukan pemandu tersebut dan jika boleh disabitkan sebagai punca kemalangan yang menyebabkan kematian kepada orang lain, ia sudah cukup untuk menuduh pelaku tersebut di mahkamah. Rozlim berkata demikian pada Wacana Siri 156 bertajuk “Pemandu Mabuk: Perlukah Hukuman Lebih Berat?” di Dewan WUI, Bangunan Sinar Harian.

Wacana itu menampilkan Amin Idris sebagai moderator serta turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Low Suet Fin dan Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MJKR) Kebangsaan, Profesor Madya Dr Kulanthayan Kc Mani.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply