ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembaharuan lesen memandu individu dan perdagangan dikecualikan sepanjang tempoh PKP

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mengumumkan, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL) dikecualikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 25 Mac 2020.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Sebelum ini pemegang lesen memandu individu diminta untuk memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh tersebut. Dengan adanya pengecualian khas ini, para pemandu dinasihatkan supaya membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP meskipun lesen memandu mereka telah tamat tempoh.

Walaubagaimanapu para pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir. Bagi Lesen Kenderaan Motor untuk kenderaan perdagangan dan GDL pula, syarat-syarat seperti kelulusan dari PUSPAKOM serta laporan kesihatan pemandu kenderaan perdagangan yang sah turut dikecualikan sepanjang tempoh PKP.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Namun, para pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan wajib memenuhi syarat-syarat tersebut dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir. Keputusan ini dibuat selepas Kementerian Pengangkutan berbincang dengaan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia.

Berikut merupakan rekod pemegang lesen jenis GDL yang akan tamat tempoh sah mengikut tarikh :

24 Mac 2020 : 328
25 Mac 2020 : 385
26 Mac 2020 : 356
27 Mac 2020 : 357
28 Mac 2020 : 348
29 Mac 2020 : 315
30 Mac 2020 : 369
31 Mac 2020 : 295

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan sila e-mel ke [email protected] , atau WhatsApp ke 019-2907723, Hotline MOT : 1800-88-7723 (8 pagi -6 pagi), atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply