ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis lepas tembakan, Alphard bawa PATI rempuh sekatan jalan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan pihak polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard tidak berhenti di sekatan jalan raya di Kampung Panggong Lalat dekat Gua Musang, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, kenderaan terbabit yang dipandu laju itu dalam perjalanan dari arah Kuala Betis menghala ke Gua Musang  dan enggan berhenti di sekatan. Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin, kenderaan terbabit dikejar kenderaan peronda polis hingga ke jalan Kuala Lipis.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Katanya, MPV itu kemudiannya berpatah balik selepas mendapati ada lagi sekatan jalan raya di Kampung Tanah Puteh. Kenderaan itu kemudiannya sekali lagi memasuki jalan ke Kuala Betis sebelum anggota polis bertindak melepaskan tembakan berhampiran sekatan jalan itu.

Jelas beliau, tembakan itu terkena tayar belakang Toyota Alphard terbabit sebelum hilang kawalan dan terbabas ke longkang. Mohd Taufik berkata, polis yang melakukan siasatan menemui lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berada dalam kenderaan terbabit.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Beliau berkata, pemandu kenderaan itu melarikan diri ke dalam hutan berdekatan kampung berkenaan dan belum dapat dikesan manakala PATI yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita itu dipercayai dibawa ke negeri ini telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Lima pendatang asing terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan tembakan polis itu hanya terkena tayar kenderaan berkenaan. Polis kini sedang mengesan pemandu kenderaan itu yang masih menghilang diri. Kata Mohd Taufik lagi, sekatan jalan di Jalan Gua Musang-Kuala Betis bertempat di Kampung Panggong Lalat itu dilaksanakan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply