ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembayaran tol secara RFID bermula 1 Januari 2020

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kerja Raya Malaysia mengumumkan pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi RFID di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1 sebagai salah satu pilihan mod pembayaran secara elektronik akan bermula pada 1 Januari 2020.

Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Baru Bian berkata, sistem RFID merupakan mod pembayaran elektronik terkini yang diperkenalkan di lebuh raya selain mod pembayaran sedia ada iaitu melalui kad Touch n’ Go dan SmartTAG. Kaedah pembayaran tol secara RFID ini dijangka dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol memandangkan pengguna tidak lagi perlu berhenti untuk menyentuh kad pada alat pengimbas.

Selain itu, pengguna juga dapat melakukan transaksi bayaran tol dengan lebih mudah dan selesa, tiada kos penyelenggaraan kerana pelekat RFID tidak memerlukan bateri, tambah nilai boleh dibuat secara atas talian, pelekat RFID ditampalkan pada kenderaan dan tidak mudah hilang serta mengurangkan isu operasi sedia ada melibatkan pengguna seperti lewat meletakkan OBU SmartTAG, OBU SmartTAG diletakkan secara terbalik atau bateri lemah.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Sistem RFID menggunakan pelekat yang dihubungkan dengan Touch n’ Go eWallet, di mana pengguna RFID boleh menambah nilai tol secara atas talian tanpa perlu ke pusat khidmat pelanggan atau lokasi tambah nilai. Pelaksanaan ujian rintis RFID telah diadakan di plaza-plaza tol terpilih mulai tahun 2018 dan telah mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna. Sehingga kini, jumlah pengguna RFID telah mencecah lebih dari 830,000 orang pengguna.

Mereka yang ingin mendapatkan pelekat RFID boleh berbuat demikian di 130 Fitment Centre seperti berikut:

● 18 Fitment Centres Touch n’ Go: https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres
● 112 Fitment Centres bergerak (mobile): https://www.tngdigital.com.my/rfid

Pengguna lebuh raya yang telah mempunyai sticker RFID dinasihatkan untuk sentiasa memastikan baki e-dompet sentiasa mencukupi untuk pembayaran tol sebelum memasuki lebuh raya. Kutipan tol secara RFID ini merupakan langkah awal ke arah pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti (Multi Lane Free Flow (MLFF) di lebuh raya.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Berikut adalah senarai lebuh raya yang telah menawarkan sistem kutipan tol secara RFID:

1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS);
– Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
– Plaza Tol Kempas
– Plaza Tol Jitra
2. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA);
3. Lebuhraya Shah Alam (KESAS);
4. Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA);
5. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
6. Lebuhraya KL-Kara (KLK);
7. Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK);
8. Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT);
9. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);
10. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA);
11. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE);
12. Lebuhraya KL- Putrajaya (MEX);
13. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH);
14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE);
15. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE);
16. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE);
17. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR);
18. Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR);
19. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU);
20. Lebuhraya Terowong SMART;
21. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH);
22. Jambatan Pulau Pinang (JPP);
23. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu‟adzam Shah )JSAHMS)
24. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
– Plaza Tol Ampangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply