ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dah la pandu lawan arus, salahkan Waze pula…

Berita Tempatan

Views

Ini la yang dinamakan ‘lurus bendul‘. Kerana terlalu mengikut pandu arah aplikasi Waze, seorang pemandu wanita tiba-tiba berada di laluan bertentangan di susur keluar Sungai Dua petang semalam. Menurut Sinar Harian, akibat kecuaian itu, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki hilang kawalan lalu terbalik di hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu wanita berkenaan.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian jam 4.50 petang itu, wanita berusia 23 tahun itu memandu keretanya dari arah Sungai Petani, Kedah. Berpandukan aplikasi Waze, dia membelok masuk ke susur Sungai Dua secara melawan arus dan tersilap jalan.

Menurut beliau, hasil siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati Perodua Kelisa yang datang dari arah Sungai Petani telah membelok masuk ke susur Sungai Dua secara melawan arus. Tambahnya, pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha FZ yang ditunggang seorang lelaki dari arah Jalan Sungai Lokan menuju ke Tol Sungai Dua melalui jalan sama hilang kawalan dan terbalik di hadapan kereta tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Akibatnya, penunggang lelaki berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan ringan di tangannya. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk medapatkan rawatan manakal pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Kereta Perodua Kelisa miliknya juga tidak mengalami kerosakan namun motosikal itu calar di bahagian hadapan, tangki minyak dan cermin sisi kiri.

Tambah Noorzainy, siasatan mendapati, pemandu yang bekerja sebagai kerani kilang serta penunggang motosikal yang juga pekerja kilang mempunyai lesen memandu yang masih sah. Menurutnya, pemandu kereta yang berasal dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam tidak ditahan dan kes disiasat mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Rule 10LN 166/59).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang Kini

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply