ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembinaan kilang pengeluaran dan pusat ujian satelit pintar Geely bermula

Berita Global

Views

Ingat lagi tak dalam artikel terdahulu kami ada bercerita mengenai satelit orbit rendah Geely? Menerusi satu kenyataan media baru-baru ini, Geely Holding Group mengumumkan pembinaan kilang pengeluaran dan pusat ujian satelit pintar di Taizhou City telah pun bermula.

Fasiliti ini ditubuhkan di bawah anak syarikat Geely Holding Group, Geely Technology Group sekali gus menandakan permulaan kali pertama syarikat tersebut untuk menghasilkan satelit di China. Ia merangkumi pusat pembuatan satelit modular, pusat ujian satelit, pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) satelit dan pusat pengkomputeran awan.

Dengan mengambil kesempatan pengalaman Geely dalam pembuatan modular pintar, fasiliti ini dijangka mampu membangunkan dan menghasilkan pelbagai jenis model satelit berbeza. Pengerusi Geely Holding Group, Li Shufu berkata, pada hari ini industri automotif berhadapan dengan cabaran getir dan peluang yang sangat besar.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Tambah beliau, Geely perlu mengambil kesempatan ini untuk melakukan perubahan, pembangunan menerusi inovasi, mencari sinergi baru dalam talian dan luar talian, serta bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk menjadi peneraju teknologi global, memacu perubahan dalam mobiliti, dan mencipta nilai baharu untuk pengguna.

Kemasukan Geely dalam bidang satelit merupakan sebahagian daripada transformasi mereka menjadi kumpulan teknologi mobiliti global. Strategi satelit ini akan dilaksanakan oleh Geespace, syarikat operasi Geely yang diperbadankan pada 2018 untuk membangunkan, pelancaran dan pengoperasian satelit orbit rendah. Menjelang akhir 2020, Geespace akan mula melancarkan rangkaian satelit orbit rendah komersial mereka.

Satelit orbit rendah ini bakal menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi, navigasi yang tepat dan keupayaan pengkomputeran awan. Oleh kerana kenderaan menjadi lebih terhubung dan diintegrasikan ke dalam ekosistem Internet of Things, permintaan untuk data telah berkembang dengan pesat.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Rangkaian satelit orbit rendah yang dibangunkan sendiri oleh Geespace bertujuan untuk memenuhi permintaan untuk data dengan keupayaan sambungan berkelajuan tinggi yang membolehkan kemas kini OTA dan penyampaian kandungan pantas kepada pengguna akhir. Pembangunan pemanduan autonomi L4 dan L5 memerlukan penggunaan ekosistem navigasi lanjutan bagi memastikan operasi yang selamat.

Sistem navigasi semasa bergantung kepada satelit orbit tinggi, dengan ketepatan yang terhad hanya dalam beberapa meter. Rangkaian satelit orbit rendah Geespace akan menawarkan ketepatan sentimeter lebih tinggi yang lebih tepat, membuka pintu kepada ciri-ciri seperti perubahan lorong dan mengelakkan kemalangan menerusi data lokasi GPS tepat yang boleh digunakan oleh kenderaan di jalan raya atau di udara.

Dengan peningkatan integrasi kecerdasan buatan ke dalam kenderaan untuk ciri-ciri seperti infohiburan dan pemanduan autonomi, keperluan untuk pemprosesan data telah berkembang dengan pesat. Melalui pengkomputeran awan dan tepi, rangkaian satelit orbit rendah Geespace dapat memenuhi beberapa keperluan pemprosesan data bagi kenderaan pintar terhubung masa depan.

Satelit orbit rendah Geespace ini juga direka untuk mempunyai jangka hayat terhad antara satu hingga sepuluh tahun dan hancur secara semulajadi ke atmosfer bumi pada akhir kitaran hayat mereka. Pencegahan serpihan ruang angkasa sangat penting bagi semua dan Geely akan mengambil setiap langkah untuk memastikan kehadirannya dalam ruang yang mampan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply