ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga RON95 mungkin boleh turun kepada RM1.32 seliter – MIDF Research

Berita Tempatan

Views

Krisis perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia iaitu Arab Saudi dan Russia telah menyaksikan kejatuhan mendadak harga minyak. Menurut Berita Harian, ini mungkin menyaksikan harga runcit minyak terutama RON95 berpotensi turun sehingga RM1.32 seliter, mengikut MIDF Research.

Bagaimanapun, bahagian penyelidikan ekuiti itu berkata, kejatuhan harga komoditi itu akan memberi lebih banyak kesan negatif kepada Malaysia berbanding positif memandangkan negara adalah pengeksport minyak.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Dalam notanya hari ini, MIDF Research berkata, dari sudut positif harga runcit minyak terutama RON95 mungkin akan menurun sehingga RM1.32 seliter sekiranya purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$35 setong.

Situasi itu akan akan menyebabkan kadar inflasi kekal rendah dan menyokong penggunaan domestik. Namun dari sudut negatif pula, penyusutan harga minyak dunia ini akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal Malaysia memandangkan Belanjawan 2020 sebelum ini dirangka berdasarkan andaian harga minyak ialah AS$62 setong.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Menurut MIDF Research, kerajaan yang baharu terbentuk kali ini dilihat berkemungkinan besar akan menyemak semula Belanjawan 2020 dan kita mungkin boleh lihat akan berlaku pengurangan dalam perbelanjaan dan pelaburan kerajaan.

Bagi sektor perlombongan, MIDF Research berkata, pihaknya berpandangan yang sektor terbabit akan terus perlahan ditengah-tengah permintaan yang lemah dan kejatuhan mendadak harga minyak dunia.

Pertumbuhan perlahan di dalam sektor perlombongan akan menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan ketara disebabkan oleh kandungan nilai tambahnya yang tinggi dan dijangka pertumbuhan KDNK akan berada di bawah tekanan pada tahun 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply