Pernah menyimpan impian bergelar juruterbang, seorang pemilik bengkel di Maran sanggup melaburkan wang untuk membina pesawat ringan idamannya yang sudah siap kira-kira 70 peratus setakat ini.
Setakat ini, anak jati Kampung Senggora, Maran, Mohd Zaki Zahari, 58 sudah berbelanja kira-kira RM10,000 dan sedang gigih menyiapkan pesawat jenis ‘seaplane‘ di bengkel miliknya di Kampung Balik Ramu sejak Mei tahun lepas.
Menurutnya, hasil idea untuk membina pesawat ringan itu tercetus selepas hampir 34 tahun dia bergiat aktif dalam hobi bermain kapal terbang dan helikopter kawalan jauh (RC) malah sepanjang tempoh terbabit, sudah banyak model pesawat RC yang dibinanya menggunakan pelbagai bahan termasuk dari bahan terpakai.
Jelasnya, dari aspek teknikal, kapal terbang RC hampir sama dengan pesawat sebenar kerana kebanyakan model pesawat yang dibina menggunakan pelan pesawat sebenar dengan mengecilkan skala asal.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
“Dari situ datang idea kenapa saya tidak membina satu pesawat dengan skala sebenar yang boleh diterbangkan dari dalam kokpit,” kata bapa kepada tujuh cahaya mata itu lagi.
Ditanya penghasilan pesawat itu, Mohd Zaki menceritakan sebahagian bahan yang digunakan adalah daripada
barangan terpakai seperti daripada papan tanda. Namun, dia terpaksa melabur untuk membeli bilah kipas kerana mengambil kira faktor keselamatan.
Selain itu, dia turut menggunakan enjin kereta Volkswagen Beetle 1,200 cc yang telah dinaik taraf menjadi 50 kuasa kuda dan dijangka pesawat ini mampu terbang dengan kelajuan lebih 60 knot atau 120 kilometer sejam.
Tambahnya, pesawat sayap tetap (fixed-wing aircraft) yang dibinanya mempunyai ukuran panjang kira-kira enam meter, panjang sayap sembilan meter dan berat sekarang kurang daripada 200 kilogram (kg) serta dilengkapi dengan ‘Inclinometer‘ dan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) untuk tujuan kawalan ketika penerbangan.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Dalam pada itu, Mohd Zaki memberitahu, dia tidak dapat menjangkakan bila pesawat itu dapat disiapkan dan ia juga bergantung dengan keadaan kewangan.
Walaupun mengakui agak mustahil untuk dirinya sendiri dapat menerbangkan pesawat berkenaan apabila ia siap kelak berikutan kekangan peraturan-peraturan berkaitan penerbangan di negara ini namun ia tidak melemahkan semangat beliau untuk menyiapkan sepenuhnya pesawat tersebut.
Malah, sejak tular di platform TikTok baru-baru ini, ada peminat aktiviti ini dari luar negara yang menghubunginya untuk bertukar pandangan kerana lelaki terbabit juga ada membina pesawat sendiri.
Selain itu, dia sering bertukar fikiran dan meminta pandangan rakan-rakan terutama mereka yang berkongsi minat dan hobi yang sama.
Tambah Mohd Zaki lagi, biarpun agak mustahil untuk dia menerbangkan pesawat ini disebabkan faktor undang-undang, namun dia berharap hasil kerjanya ini dapat diiktiraf atau sekurang-kurangnya menjadi rujukan untuk pelajar dalam bidang kemahiran berkaitan aeroangkasa. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI