ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin Brand Experience 2023 uji keupayaan tayar Pilot Sport 5 dan Primacy SUV+

Berita Tempatan

Views

Setelah dua tahun menyepi sejak pandemik Covid-19 melanda negara, Michelin kembali menganjurkan acara Michelin Brand Experience 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Acara selama tiga hari itu telah menyajikan pelbagai peluang yang eksklusif untuk para pengunjung mengalami sendiri kehebatan tayar Michelin Pilot Sport 5 dan Michelin Primacy SUV+ yang baharu.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana, menerusi acara ini, pihaknya ingin menonjolkan dua komponen utama DNA Michelin iaitu Inovasi dan Kelestarian.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dengan sokongan rakan kenderaan rasmi, Mercedes-Benz Malaysia, lebih 215 warga media, wakil pengedar dan juga kakitangan dalam rangkaian Michelin mengalami sendiri pengalaman ‘Ride and Drive‘ yang cukup mengujakan.

Acara ini meliputi pelbagai aktiviti pemanduan yang mencabar, termasuklah sesi ‘gymkhana‘ bersama tayar Michelin Pilot Sport 5 di selekoh tajam dan juga permukaan basah.

Selain itu, sesi pandu uji di Litar Sepang menggunakan tayar Michelin Primacy SUV+ turut dilangsungkan, di samping demonstrasi kedua-dua model tayar itu dalam keadaan basah dan kering.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bukan itu sahaja, peserta turut berpeluang untuk mengikuti sesi ‘pandu siar’ di Litar Sepang Utara, diiringi oleh pengajar Michelin yang bertauliah dah juga perlumbaan simulator.

Dangrojana menambah, Michelin akan sentiasa mendokong falsafah ‘Share of Mobility‘ untuk menawarkan pelbagai jenis tayar berkualiti yang merentasi pelbagai segmen kenderaan, termasuklah Michelin Agilis 3 untuk trak ringan komersial dan Michelin Road 6 untuk kenderaan dua roda.

Inovasi untuk masa hadapan, seperti Michelin Uptis (Unique Puncture-Proof Tire System), iaitu tayar tanpa angin yang pertama seumpamanya untuk kenderaan penumpang membuktikan aspirasi Michelin ke arah mobiliti lestari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply