ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger Raptor dengan enjin diesel dah tiba! Suspensi FOX talaan Ford Performance, harga RM 248,888

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat para peminat trak pikap ‘berenjin diesel’ kerana Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah pun melancarkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu, semalam.

Harga jualannya adalah RM 248,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 252,188 untuk Malaysia Timur (atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan).

Pilihan warna yang ditawarkan termasuklah warna baharu Code Orange, selain Absolute Black, Arctic White, Blue Lightning dan Conquer Grey.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, pihaknya memperkenalkan enjin diesel 2.0 liter untuk Ranger Raptor setelah menerima maklum balas daripada ramai pelanggan di Malaysia.

Enjin Diesel Bi-Turbo 2.0 liter ini mampu menjana output sehingga 210 PS dan 500 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan menerusi transmisi e-shifter automatik 10-kelajuan baharu. Varian ini turut mencatatkan penggunaan bahan api 8.2L/100km.

Trak pikap ini masih mengekalkan casis yang sama dan menampilkan suspensi direka semula bersama penyerap hentakan FOX Internal Bypass 2.5 inci pada gandar hadapan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Penyerap hentakan yang ditala oleh Ford Performance yang menggunakan minyak berinfus Teflon™ ini merupakan yang paling canggih pernah digunakan pada Ranger Raptor dan mampu mengurangkan geseran sebanyak 50 peratus.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Kawalan ‘Bottom-Out‘ oleh FOX dan plat bash keluli kuat berketebalan 2.3mm, bersama dengan under shield dan transfer case shield.

Sama seperti varian V6, ia juga menawarkan Terrain Management System yang dikemas kini dengan tujuh mod pemanduan yang terdiri daripada Normal, Sport, Slippery, Rock Crawl, Sand, Mud/Ruts dan Baja.

Dari segi penggayaan luaran, varian ini tampil dengan rekaan baharu seperti lengkung roda yang lebar, huruf F-O-R-D pada jeriji depan, bumper yang terpisah dari jeriji, dan lampu hadapan LED Matrix bersama lampu siang (DRL) berbentuk ‘C-clamp‘.

Ia turut dipasang dengan rim aloi bersaiz 17-inci yang dibaluti dengan tayar BFGoodrich® all-terrain KO2®, plat teras Ford Performance, injak sisi aluminium baharu dan lampu LED sekeliling.

Di ruangan kabin, ia dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit yang diinspirasikan dari jet pejuang, panel instrumen ‘Code Orange‘, tombol gear kemasan kulit dengan e-shifter, stereng kemasan kulit gred premium, dan paddle shifter salutan magnesium.

Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.4-inci, paparan inforia bersaiz 12-inci dengan sistem SYNC® 4A Ford serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ciri-ciri dalaman standard lain termasuk sistem bunyi Bang & Olufsen® dengan lapan pembesar suara, empat port pengecas USB, pengecas Qi nirwayar, soket 12 volt, dan kamera 360 darjah.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif dan sistem bantuan pemandu terkini, merangkumi tujuh beg udara, Kawalan Jelajah Adaptif dengan Henti-dan-Mula dan Pemusatan Lorong, lampu kecemasan, sistem maklumat titik buta (BLIS) dan Bantuan Pancaran Lampu Tinggi, Bantuan Brek Undur, Bantuan Kendali dan Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang.

Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau 160,000 km (yang mana terdahulu). Pelanggan juga boleh memilih untuk memanjangkan tempoh jaminan sehingga tujuh tahun melalui pakej jaminan PremiumCare.

300 pelanggan terawal di seluruh negara yang membuat tempahan akan menerima hadiah seperti kamera pemuka Kenwood DRV-A700W dan diskaun RM500 untuk sesi Ford Ranger Getaways melalui kod promosi yang boleh ditebus setelah penghantaran kenderaan.

Orang ramai dijemput ke majlis pelancaran rasmi Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel yang berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2023 di MRANTI Park (ruang terbuka, pintu masuk Barat) berhadapan Pavilion Bukit Jalil.

Siri jerayawara awam juga akan diadakan bersama Ford Experience Hub ke utara dan selatan Semenanjung Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply