ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik dan peminat EV rasai pengalaman premium smart #1 dalam sesi pratonton eksklusif

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia telah mempertontonkan model pengeluaran kenderaan elektrik pertamanya, iaitu smart #1 selama dua hari di Subang Jaya, baru-baru ini.

Acara itu memberi peluang kepada para peserta termasuk pemilik dan peminat EV peluang meneroka identiti reka bentuk dan merasai pengalaman premium smart #1 selain menguji ketangkasan dan teknologi termajunya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, pihaknya berazam untuk menawarkan produk premium dengan reka bentuk futuristik dan teknologi terkini yang sesuai dengan gaya hidup moden di bandar.

Dalam acara itu, peserta diberi pengalaman berdamping dengan smart #1 dengan lebih dekat, malah mereka juga berpeluang untuk memandu ujinya.

smart #1 bakal dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada suku keempat (Q4) tahun ini. Ia kini sedang menjalani ujian yang ketat di jalan raya, yang merupakan sebahagian daripada proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ini merangkumi ujian adaptif sejauh 20,000km untuk menilai prestasi, keandalan, dan keselamatan kenderaan mengikut kesesuaian sebenar dengan penekanan khusus diberikan kepada keadaan cuaca dan jalan raya di Malaysia.

Selain itu, smart turut menjalankan beberapa ujian integrasi tempatan dan fungsi paparan, termasuk 12,000 kes ujian dan pelbagai situasi. Dari segi perkhidmatan pula, smart telah berjaya membangunkan rangkaian selepas jualan dan sistem dalam talian.

Buat julung kalinya, smart #1 akan dipamerkan kepada para peminat EV di Malaysia bersempena dengan Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023 dari 22 hingga 23 Julai 2023. Acara tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Setia City hujung minggu ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply