ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemuda maut terkena bilah kipas helikopter buatan sendiri

Tular

Views

Terinspirasi untuk mencipta helikopter sendiri menjadi impian seorang lelaki di Mahagoan, India selepas menonton filem popular 3 Idiots. Namun hasratnya itu musnah apabila dia maut selepas terkena bilah kipas helikopter ciptaannya ketika sesi ujian.

Harian Metro melaporkan, Sheikh Ismail Sheikh Ibrahim, 24, seorang penduduk kampung yang tidak menamatkan persekolahannya. Bagaimanapun, dia mempunyai impian mencipta sesuatu yang luar biasa untuk membanggakan keluarga dan kampungnya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dari itu, Sheikh Ismail mencipta Munna Helicopter yang dibuat daripada besi sebagai prototaip. Rakannya, Sachin memaklumkan Times of India bahawa Sheikh Ismail mula mengumpul maklumat dan mereka bentuk helikopter yang menggunakan enjin Maruti 800.

Lelaki itu berhasrat untuk memperkenalkan helikopter ciptaannya pada sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi. Dia kemudian ada menjemput beberapa rakannya untuk melihat prototaip helikopter berkenaan pada 10 Ogos lalu.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ramai rakannya teruja dan pergi ke sebuah lokasi di kampung berkenaan untuk melihat hasil ciptaan Sheikh Ismail itu. Sebaik semua sudah berkumpul, Sheikh Ismail mula menghidupkan enjin helikopter berkenaan sebelum rotor helikopter mula berpusing dengan laju.

Tidak lama selepas itu, rotor di bahagian ekor helikopter tercabut dan terpelanting serta terkena bilah kipas utama. Keadaan menjadi cemas apabila bilah berkenaan terpelanting dan terkena leher Sheikh Ismail.

Menurut rakannya, helikopter berkenaan sempat naik pada ketinggian 1.5 meter sebelum ini dengan Sheikh Ismail lengkap memakai topi keledar. Namun, pada malam kejadian dia tidak memakai peralatan keselamatan dan meragut nyawanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply