ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely perkenal Boyue L (FX11), adakah ini bakal Proton X70 generasi kedua?

Berita Global

Views

Rakan strategik Proton, Geely telah memperkenalkan model SUV kompak baharu iaitu Boyue L ke pasaran China. Model ini akan mengisi kekosongan slot di antara Geely Boyue@Proton X70 dan juga Geely Xingyue L.

SUV kompak yang sebelum ini menggunakan namakod FX11 dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA).

Ia menampilkan falsafah reka bentuk baharu yang diilhamkan daripada model konsep Vision Starburst dengan gaya yang futuristik.

Kelihatan ada lima lampu membentuk jejalur LED putus-putus pada bahagian atas jeriji yang bersambung dengan lampu hadapan. Logo Geely juga berada di tengah-tengah jejalur lampu tersebut dan kelihatan bercahaya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Rekaan kabinnya turut menampilkan elemen futuristik dan minimalis, yang menampilkan paparan sesentuh gergasi bersaiz 13.2 inci di konsol tengah. Ia turut menampilkan stereng empat jejari rekaan baharu.

Unit infohibur Boyue L (FX11) menggunakan sistem operasi yang dikenali sebagai ‘Geely Galaxy OS Air’, yang membolehkan kemaskini secara OTA. Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm 8155.

Boyue L bakal ditawarkan dengan empat pilihan penjana yang terdiri daripada enjin 2.0 turbo yang menjana 218 kuasa kuda dan 325 Nm daya kilas, enjin 1.5 turbo yang menjana 181 kuasa kuda dan 290 Nm daya kilas, serta trenkuasa hibrid 1.5T+3DHT HEV dan 1.5T+3DHT PHEV.

Enjin 2.0 turbo dan 1.5 turbo dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT, manakala untuk versi hibrid pula disambungkan kepada transmisi tiga-kelajuan hibrid elektrik DHT.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Dari segi dimensi, jika dibandingkan dengan Boyue (Proton X70), Boyue L berukuran 4,670 mm panjang, 1,900 mm lebar, and 1,705 mm tinggi, manakala jarak antara dua gandarnya pula 2,777 mm.

Model ini dijual dengan tanda harga sekitar 20,000 yuan (RM79,094) dan akan mula berada dipasaran China pada suku keempat (Q4) 2022.

Adakah ia bakal menjadi Proton X70 generasi kedua?

Memandangkan model Proton X70 belum lagi berada di fasa facelift, kami menjangkakan generasi keduanya tidak akan tiba di Malaysia sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang.

Ini kerana model cross MPV tujuh-tempat duduk, Proton X90 (VX11) masih lagi belum dilancarkan, manakala model sedan Proton S50 (SS11) pula berada di peringkat awal pembangunan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply