ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan ditahan polis kerana membawa dadah

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penghantar barangan dan makanan telah ditahan polis kerana didapati membawa bersama satu paket dadah dalam satu pemeriksaan polis di sekatan jalan raya di Salak Selatan pada pagi tadi. Astro Awani melaporkan, Ketua Polis Daerah Cheras, Assisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kenderaan melalui sekatan jalan raya itu.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu beg kertas yang mengandungi sekeping sampul surat yang diletakkan di dalam sebuah kotak. Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan satu paket dadah dipercayai jenis methamphetamin seberat 1.6 gram di dalam bungkusan itu.

Suspek ditahan dan saringan air kencing mendapati negatif serta suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Ini merupakan kes kedua membabitkan penghantar makanan ditahan bersama barangan terlarang. Jumaat lalu, seorang lelaki ditahan kerana membawa satu botol air daun ketum ketika melalui sekatan jalan raya di kawasan Bukit Jalil.

Pihak polis jelasnya, akan bertindak tegas ke atas mana-mana individu yang mengingkari undang-undang serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan jenayah atau dadah diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Daerah Cheras di talian 03-92845050/5051 atau menghubungi mana–mana Balai Polis berdekatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply