ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, motosikal diseret hampir 2 kilometer

Berita Tempatan

Views

Lagi kes kemalangan maut berpunca daripada pemandu mabuk! Sinar Harian melaporkan seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar Kuala Lumpur, hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.

Jelas beliau, sebuah MPV yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun telah melanggar belakang motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa. Zulkefly berkata, akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan dan motosikalnya pula diseret kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Katanya, mangsa yang cedera parah di kepala maut di lokasi kejadian. Tambah beliau, pemandu MPV telah memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa setelah ditahan oleh orang awam.

Kata Zulkefly lagi, lelaki tersebut dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun HS Lee dan telah menjalani ujian saringan  ‘Evidential Breath Analyzer’ (EBA). Keputusan saringan mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1983.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply