ARKIB

KATEGORI

Buletin

Retak tempurung kepala dilanggar warga emas mabuk

Berita Tempatan

Views

Ini ada satu lagi kes kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk. Harian Metro melaporkan, seorang penunggang motosikal retak tempurung kepala dan cedera di anggota badan selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong dekat Pasaraya NFS AMG Trading, Kangar, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam tadi, mangsa, Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dikatakan menunggang motosikal untuk pulang dari kedai runcit sebelum suspek berusia 63 tahun yang memandu sebuah kereta terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 10 minit selepas kejadian berkenaan. Jelas beliau, suspek dari arah Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi.

Tambah beliau lagi, setibanya di hadapan Pasaraya NFS AMG Trading, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh mangsa dan turut merempuh sebuah lori diparkir di bahu jalan. Wari berkata, mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan, namun suspek didapati melarikan diri dari hospital sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira satu jam selepas itu.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Beliau berkata, hasil ujian alkohol terhadap suspek mendapati dia memandu dengan kandungan alkohol melebihi had yang ditetapkan di dalam tubuh badan. Suspek kini berada dalam tahanan polis dan akan direman pagi ini untuk siasatan lanjut.

Katanya lagi, mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply