ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan nyaris terjunam dalam lubang jalan, laluan ditutup sementara

Berita Tempatan

Views

Laluan di Jalan Teluk Likas, di Kota Kinabalu, ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang atau ‘sinkhole‘ di jalan berkenaan.

Menurut Harian Metro, kejadian disedari pengguna yang melihat jalan berlubang kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan terkejut apabila mendapati berlaku mendapan tanah.

Kejadian mendapan hingga terbentuk lubang berjaya dirakam pemilik salah sebuah rumah di kawasan berhampiran melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) miliknya.

Menerusi rakaman CCTV terbabit, kelihatan seorang penghantar makanan juga hampir terjunam ke dalam lubang besar berkenaan namun sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ke bahu jalan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Salah seorang pengguna jalan raya, Masri Zainal, 25, berkata, dia berada di jalan terbabit kerana mahu menghala ke Kota Kinabalu dari Likas. Katanya, jalan ketika itu tiba-tiba sedikit sesak dan nampak ada satu motosikal berada di tepi jalan.

Rupanya ada penghantar makanan kemalangan. Ramai pengguna ketika itu beranggapan ada berlaku kemalangan tetapi bila semakin dekat dia terkejut apabila melihat ada lubang besar.

Seorang lagi pemandu, Alvin Tan, 32, berkata dia dalam perjalanan dari Teluk Likas ke Likas Jaya ketika melalui jalan itu. Dia melihat ada beberapa kereta berhenti di tepi jalan sebelum turut sama menghentikan kenderaan dan melihat ada lubang besar.

Tambah Alvin, dia berharap jalan rosak ini dapat diperbaiki dengan cepat kerana ia boleh membahayakan penggunakan jalan raya yang melalui jalan ini khususnya ketika waktu malam dan hari hujan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kerana ramai dalam kalangan orang awam sudah memulakan semula aktiviti harian seperti keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Kata beliau, pihaknya sudah mengambil tindakan segera mengenai kejadian ini dan syarikat konsesi Globinaco juga sudah diarahkan untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian.

Tambah beliau, pihaknya juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah kerana lubang yang ada di kawasan itu adalah berikutan membabitkan aset pembentungan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply