ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan parah dilanggar kereta

Berita Tempatan

Views

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini boleh dikatakan beberapa kali kita terdengar kes kemalangan yang melibatkan penghantar makanan. Yang terbaharu, seorang penghantar makanan parah selepas dilanggar sebuah Proton Iswara ketika dia terbaring di lorong kiri di Kilometer 29.9, Lebuhraya Utara Selatan dari arah Plaza Tol Duta menghala ke pusat bandar.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurut Harian Metro,  dalam kejadian jam 11 pagi tadi, mangsa, Muhammad Zulhelmi Zulkefeli, 33, terlanggar lori di depannya menyebabkan dia tercampak ke tengah lebuh raya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, empat penunggang motosikal yang berada berhampiran memberhentikan kenderaan masing-masing di lorong tengah dan lorong kiri sebelum membantu membawa mangsa ke lorong kiri sekali.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Tambah beliau, pada masa sama, Proton Iswara yang menggunakan lorong paling kiri terlanggar sebuah daripada empat motosikal berkenaan. Pemandunya kemudiannya hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang terbaring di laluan terbabit.

Menurut Zulkefly, empat penunggang motosikal, pemandu lori serta pemandu Proton Iswara selamat. Tambahnya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Khaizam Boss

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply