ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suami kantoi kes dadah, isteri datang jenguk ‘minta restu’ nak bersalin

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan sanggup datang untuk melihat suaminya yang ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra – Sungai Baru, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 30-an itu ditemani jirannya datang untuk meminta restu suaminya yang berusia 33 tahun kerana bimbang bersalin anak ketiga mereka pada bila-bila masa. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, lelaki terbabit dikatakan menunggang motosikal dan cuba lari sebaik ternampak anggota polis.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Bagaimanapun, dia berjaya ditahan selepas dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Jelas beliau, hasil pemeriksaan mendapati, lelaki itu dikehendaki polis berkaitan kes dadah dua tahun lalu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun turut ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan mengejut di lokasi yang sama. Remaja terbabit memberi alasan hendak keluar makan bersama teman lelakinya berusia 21 tahun itu disebabkan keluarganya tiada di rumah kerana pulang ke kampung.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Mereka ditahan ketika menunggang motosikal pada jam 12 tengah malam. Mohd Rozi berkata, pemeriksaan mengejut yang dilakukan 16 anggota dan dua pegawai dari Balai Polis Alor Setar di kawasan itu menahan 11 individu termasuk remaja perempuan itu kerana ingkar PKP.

Beliau berkata, selain itu tiga individu lagi turut ditahan iaitu dua daripadanya terbabit dengan kesalahan berkaitan dadah, manakala seorang lagi membawa tiga bungkusan air ketum. Tambah beliau, tiga individu terbabit diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun 11 individu lain yang berusia antara 17 hingga 49 tahun yang ditahan kerana ingkar PKP disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. Tambah beliau lagi, mereka yang ditahan masih memberi pelbagai alasan untuk melepaskan diri walaupun PKP sudah hampir sebulan dilaksanakan dan memasuki fasa tiga.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian dan Polis Kota Setar

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply